Apa beza DJ & Emcee?



Ramai pelanggan kami yang bertanya tentang apa bezanya DJ & MC, ada yang menyamakan peranannya. Sama tapi tak serupa. Dalam khidmat yang kami sediakan, ini adalah pandangan kami.

DEEJAY @ DJ

DJ berperanan memutarkan lagu-lagu pilihan sesuai dengan acara yang berlangsung bagi menambahkan keceriaan sesuatu acara. Disamping sedikit sebanyak berinteraksi dengan audiens. Pengacaraanya tidak formal, hanya bersahaja dan santai. Perlu dibantu KOORDINATOR.

EMCEE @ MC

MC berperanan mengacarakan majlis sahaja. Pengacaraan sedikit formal bagi Majlis Perkahwinan. Dan perlu dibantu oleh KOORDINATOR.


Highlights: KOORDINATOR @ Penyelaras

KOORDINATOR berperanan menyelaraskan acara sepertimana yang direncanakan. Tanpa KOORDINATOR, acara anda mungkin akan mempunyai masalah besar!