PA System Siaraya - SFi Entertainment



PA System ataupun dikenali sebagai "Public Address System" atau dalam bahasa melayunya Sistem
Siaraya adalah sebuah sistem elektronik pembesar kuasa (amplifier) dan pembahagian bunyi yang mana melibatkan peralatan seperti mikrofon, amplifier dan juga pembesar suara (speaker) yang mana digunakan oleh seseorang untuk menyiarkan bunyi kepada orang ramai, contohnya seperti pengumuman untuk seseuah pergerakan yang melibatkan orang yang ramai dan dalam keadaan yang bising seperti stesen keretapi atau di dalam stadium dimana berlangsungnya acara sukan dan sebagainya. Terma ini juga digunapakai dimana mungkin dengan penambahan konsol pengadun bunyi (mixer console), dan amplifier dan juga speaker yang mana digunakan untuk memainkan lagu, ucapan atau menyampaikan bunyi untuk sesebuah tempat atau bangunan.

PA system yang ringkas biasanya digunakan untuk acara atau lokasi yang kecil seperti di dewan sekolah, surau/masjid, gereja atau cafe. Penggunakan PA System dengan speaker yang banyak kebiasaanya digunakan untuk pengumuman di institusi umum dan juga bangunan dan lokasi komersial. Sebagai contoh lagi, di kebanyakan bangunan, sistem interkom dipasang, dimana penggunaan mikrofon di setiap bilik membolehkan para pekerja di jabatan tertentu dapat berkomunikasi samada membuat sebarang pengumuman.

Terdapat 2 jenis siaraya iaitu, Sound Reinforcement System yang mana digunakan untuk muzik-muzik live dan juga persembahan dan siaraya yang seterusnya adalah PA System yang mana lebih menjurus ke arah pemprosesan bunyi suara.

PA System Kecil/Ringkas



Ringkasnya, PA System yang dianggap kecil  adalah melibatkan mikrofon, sebuah amplifier dan satu atau beberapa buah speaker. PA System yang kecil atau ringkas, kebiasaanya berkuasa dari 50 hingga 200 watt, di mana sering digunakan bagi acara yang kecil untuk ruangan yang tidak besar iaitu seperti di dewan kecil sekolah, surau dan cafe. Sumber bunyi adalah seperti dari pemain CD atau radio mungkin disambungkan ke PA System untuk menyampaikan bunyi.

PA System Besar

Terdapat 3 jenis siaraya besar iaitu:

1. Telephone Paging System



Terdapat sesetengah sistem telefon analog atau IP Private Branch Exchage (PBX) menggunakan fasiliti paging yang dijadikan perantara antara telefon dan PA System. Ia menggunakan alat tambahan bagi menyampaikan maklumat untuk keseluruhan kawasan atau bangunan atau pejabat iaitu kebiasaanya bagi membuat sebarang pengumuman.

2. PA Over IP



PA Over IP merujuk kepada sistem paging PA dan sistem intekom yang menggunakan rangkaian IP (IP Network) dimana amplifier akan memusatkan signal bunyi untuk membahagi dan menyampaikannya ke lokasi-lokasi paging yang diinginkan keseluruh sesebuah bangunan atau kampus atau ke mana sahaja yang boleh dicapai oleh IP Network termasuklah internet.

3. Long-Line PA (LLPA)



LLPA biasanya digunakan untuk sistem siaraya stesen keretapi dan industri metro yang mana membolehkan pengumuman dibuat dari satu tempat ke keseluruhan rangkaian melalui low bandwith legacy copper, kebiasaanya talian PSTN menggunakan modem DSL, atau medium seperti fiber optik , atau GSM-R atau IP-based Network.


PA System (Ruangan Kecil)



Kafe, club yang kecil kebiasaanya menggunakan PA System yang ringkas dengan beberapa speaker besar samada digantung atau diletakkan atas stand dan subwoofer akan ditalakan ke arah audiens dan speaker monitor yang lebih kecil untuk kegunaan performers supaya mereka boleh mendengar suara dan pelatan muzik mereka. Audio Mixer boleh diletakkan di atas stage bagi kegunaan performer untuk setting bunyi mereka ataupun Audio Mixer tersebut juga akan dikawal oleh soundman atau sound engineer dimana diletakkan suatu bilik konsol khas berasingan daripada audiens.




PA System (Ruangan Besar)



Bagi konsert tertentu, memerlukan PA System yang benar-benar baik dan sistem yang komplikated bagi menghasilkan bunyi yang baik. Secara tipikal, terdapat dua PA System yang lengkap di dalam sesebuah aturcara konsert iaitu Utama dan Monitor. Setiap sistem mempunyai mixer, peralatan sound processing, ampifier dan speaker. Bunyi daripada mikrofon samada vokal atau micking akan disambungkan terus dengan kedua-dua sistem Utama dan Monitor.

Sistem Utama (FOH) adalah untuk audiens, di mana menggunakan beberapa amplifier besar yang mana boleh memberikan kuasa penuh kepada speaker-speaker yang heavy-duty termasuklah speaker yang low-frequency yang biasa kita kenali sebagai subwoofer, full-range speaker dan high-range horns.

Kelab-kelab atau kafe yang besar biasanya menggunakan amplifier berkuasa 3000-5000 watt untuk sistem Utama dan kira-kira 500-1000 watt bagi sistem Monitor dan konsert outdoor mungkin menggunakan kuasa 10,000 watt keatas bergantung kepada saiz audiens dan lokasi serta keseluruhannya dikawal oleh Sound Engineer dan Juruteknik bagi kedua-dua sistem dan kebiasaanya, konsert menggunakan line array speaker system.


* PA System Majlis Perkahwinan
* PA Sistem Taklimat
* PA Sistem Majlis Makan Malam
* PA Sistem Karaoke
* PA Sistem Broadcast
* PA Sistem Konsert
* PA Sistem Karnival
* PA Sistem Kelab